Gambar Allahyarham Hj Wan Mohamed bin Hj Wan Ngah - penganugerahan pingat oleh AlMarhum Sultan Ismail ibni AlMarhum Sultan Ibrahim 1968M
Majlis Perjumpaan Keluarga Allahyarham Kapten Hj Wan Ngah Bin Panglima Wan Abdul Rahman kali yang ke-2
Dengan izin Allah SWT, kami sebagai jawatankuasa Keluarga Haji Wan Ngah akan mengadakan Majlis Perjumpaan Keluarga Allahyarham Kapten Haji Wan Ngah bin Wan Abdul Rahman JMF kali yang ke-2.
Maklumat mengenai Majlis Perjumpaan ini adalah seperti berikut:
| Tarikh | Pada 15 hb Feb 2010 Ditangguhkan (tarikh baru : 13 hb Mac 2010 Hari Sabtu) |
| Waktu | 2.00 – 6.00 petang |
| Tempat | Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) YB Dato Hj Abdul Latiff & Datin Hajah Safiah No 21 Jalan Skudai, 80200,Johor Bahru, Johor |
Tujuan diadakan majlis perjumpaan ini ialah untuk merapatkan lagi silaturrahim di antara semua anak cucu keluarga Allahyarham Kapten Hj Wan Ngah JMF.
Aturcara majlis:
2.00 petang : Ketibaan ahli keluarga dan pendaftaran
3.00 petang : Sessi Bergambar
S/S : Bacaan DoaS/S : Ucapan Pengerusi Majlis Wan Mohd Noor (Wan Joni)
S/S : Tayangan Multi-Media
S/S : Jamuan
S/S : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar oleh Hjh Wan Nor Khasanah
S/S : Perlantikan Pengerusi Baru Sessi 2010-2011 dan ucapan
S/S : Bacaan Doa
S/S : Majlis bersurai
Kod pakaian: Baju Batik/Kasual smart bagi lelaki (T-shirt dan seluar jeans tidak dibenarkan) dan Baju kurung melayu bagi perempuan.
Mohon pengesahan kehadiran dan bayaran kepada Wan Ismail bin Hj Wan Mohamed (No H/p : 016-7982442) sebelum 28 Feb 2010. Harap maklum.
Gambar Wan Mohd Noor bin Hj Wan Mohamed (Wan Joni) semasa mengiringi jenazah AlMarhum Sultan Mahmud Iskandar AlHaj ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.
Gambar kenangan Allahyarham Kapten Hj Wan Ngah bin Panglima Wan Abdul Rahman semasa bertugas di Istana Besar Johor
Seungkap Syair Nasihat Al-Marhum Raja Ali Haji ibni Raja Haji Ahmad ibni Raja Haji Fisabilillah (Marhum Telok Ketapang), (Pengarang Tuhfat An-Nafis)
AYUHAI SEGALA CUCUNYA
HENDAKLAH INGAT DATUK NENEKNYA
SERTA FIKIRKAN FI’IL LAKUNYA
HENDAKLAH DIIKUT SEMBARANG DAPATNYA
JANGANLAH MALAS ZIARAH KUBURNYA
TIAP-TIAP JUMAAT ATAU BULANNYA
JIKA JAUH AKAN TEMPATNYA
SETAHUN SEKALI JIKA MUDAHNYA
JIKA SUNGGUH OPU NENEK MOYANGMU
FATIHAHKAN DIA JANGANLAH JEMU
SERTA DENGAN KENDURI DAN JAMU
BARANG YANG DAPAT ATAS USAHAMU
SEBAGAI LAGI NASIHAT NENDA
KEPADA SEGALA SANAK SAUDARA
SERTA KEPADA ANAK CUCUNDA
SALASILAH INI HENDAKLAH ADA
TIAP-TIAP SEORANG MENARUH SENDIRI
TIDAKLAH HILANG BANGSANYA SENDIRI
SUPAYA TIDAK SUSAH HENDAK MENCARI
ASAL-USUL KITA DEMIKIAN PERI
ID Pegguna dan Katalaluan Untuk Family Tree
Untuk mengakses salasilah keluarga Haji Wan Ngah yang lengkap, sila klik pada menu “Family Tree” di atas dan gunakan maklumat berikut untuk mencapai laman tersiebut:
E-mail: geni@hajiwanngah.com
Password: geni
Selamat mencuba ![]()
Majlis Perjumpaan Keluarga Allahyarham Kapten Hj Wan Ngah Bin Panglima Wan Abdul Rahman
Bismillahhirahmanirahim.
Dengan izin Allah SWT, kami sebagai jawatankuasa Keluarga Kapten Haji Wan Ngah JMF akan mengadakan majlis perhimpunan Keluarga Kapten Haji Wan Ngah JMF. Maklumat mengenai Majlis Perjumpaan ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 10hb November 2007 ( Sabtu)
Waktu : 2.30 petang – 10.00 malam
Tempat : Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor
(SUKJ)
YB Dato Hj Abdul Latiff & Datin Hajah Safiah
No 21 Jalan Skudai, 80200,Johor Bahru, Johor
The Natural Beauty - Helena Ezmeen Salleh

Tahniah kepada Helena Ezmeen Salleh kerana telah memenangi pertandingan True Match Natural Beauty. Untuk maklumat lanjut layari http://clovetwo.com/ and the star.
Helena Ezmeen Salleh adalah cucunda kepada Hajjah Wan Fatimah Haji Wan Ngah.














